Berita
Isteri Hadiahkan Hazama Motosikal Sempena Genap Usia 35 Tahun
Penyanyi Hazama menerima kejutan hadiah sebuah motosikal daripada isterinya sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-35 semalam.
Isterinya yang juga pemuzik Genervie Kam, 38, menghadiahkan motosikal model Honda RS Repsol.
Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi berkongsi berita tersebut menerusi satu entri di Instagram.
"Terima kasih sayangku @generviekam buat kejutan kat saya.
"Saya sayang awak sangat sangat x 3000...senyum sampai telinga, #binihadiahkanmoto #hadiahharijadi," tulisnya yang turut berkongsi gambar motosikal yang diterimanya.
Dalam pada itu, Genervie turut meluahkan rasa syukurnya dikurniakan seorang suami yang hebat.
"Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-35 sayangku. Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang hebat. Awak bagaikan intan yang cukup tinggi nilainya.
"Saya mungkin tidak banyak wang untuk memberikan awak dengan hadiah, tetapi saya sentiasa akan mendoakan awak setiap hari. Saya harap saya menjadi isteri yang terbaik buat awak," tulisnya menerusi satu entri di Instagramnya.
Pelantun lagu Peneman itu mendirikan rumah tangga dengan Genervie pada 15 Januari 2017.