Isteri Hamil 11 Minggu, Hafiz Suip Teruja Dengar Denyutan Jantung Baby

Mya Amri
Jun 15, 2017 09:00 MYT
Penyanyi Hafiz Suip tidak dapat menyembunyikan rasa teruja sebaik sahaja mendengar denyutan jantung anaknya ketika isterinya melakukan imbasan ultrasound.
Berita kehamilan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah dikongsi oleh penyanyi berusia 27 tahun itu menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.
Video tersebut merakamkan suara Hafiz yang bernada gembira selepas melihat paparan imej anaknya yang kini berusia 11 minggu melalui imbasan Ultrasound.
“Assalamualaikum semua,Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi.. #hafizsuipjourney #hafizeffyjourney,” tulisnya ringkas.
Video perkongsian Hafiz itu mendapat lebih 29,000 likes dan dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminatnya.
Teks oleh: Mya Amri
#Penyanyi #Hafiz Suip #Hamil #Hamil #Penyanyi