Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Isteri Hamil Anak Kedua, Raffi Ahmad Emosi Nagita Nak Menunggang Kuda: "Aneh Tak Doktor?"

Maliah Surip 18/04/2021 | 13:50 MYT
Pasangan selebriti Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina baru menerima khabar yang menggembirakan.
Selepas lima tahun mencuba, Nagita kini hamil anak kedua, setelah dikurniakan seorang anak pertama yang diberi nama Rafathar.
Kehamilan Nagita diketahui baru akan memasuki usia dua bulan, oleh kerana itu dia dinasihatkan doktor agar lebih banyak berehat dan memperlahankan aktivitinya.
Hal itu juga kerana Nagita pernah keguguran pada tahun lalu.
Namun kata Raffi, dia bengang kerana walaupun tahu dirinya sedang hamil, Nagita tetap mahu meneruskan hobi baharunya iaitu menunggang kuda.
"Dia nak naik kuda, aneh atau tidak doktor? Saya emosi. Sudah hamil, tetap nak naik kuda," kata Raffi Ahmad dalam saluran YouTube mereka Rans Entertainment semalam.
Melihat suaminya emosi, Nagita pun berjanji untuk berhenti berkuda demi keselamatan kandungannya.
Jika Raffi risaukan dirinya ingin menunggang kuda, Nagita pula lebih cenderung memikirkan masalah jerawat yang mula tumbuh pada wajahnya.
"Sewaktu hamil Rafathar dulu kulit saya bersih, tak ada jerawat langsung.
"Jadi masa mula mula, saya tak yakin hamil sebab tumbuh banyak jerawat. Biasanya saya akan tumbuh jerawat jika ingin datang haid," cerita Nagita.
Instagram: @raffinagita1717
#Hamil #Indonesia #Raffi Ahmad #Nagita Slavina #Jerawat #Kuda
;