Hiburan
Isteri Hamil Asyik Nak Berlawa, Alif Satar Mula Rasa Pelik! Mungkinkah....
Pelakon, penyanyi dan pengacara popular Alif Satar akui isterinya yang kini sedang hamil empat bulan kelihatan sedikit berbeza berbanding sebelumnya.
Menurut Alif, isterinya Shadila kini bukan saja lebih cantik daripada kebiasaaan, malah turut berperangai aneh apabila mengambil masa terlalu lama untuk bersolek setiap kali keluar dari rumah.
"Alhamdulillah dah masuk 19 minggu isteri saya hamil. Tapi kali ni memang nampak lain sikit.
"Dia asyik nak melawa je. Kalau dulu kejap je bersiap sekarang ambik masa agak lama kalau nak keluar rumah," katanya.
Jelas Alif, kelakuannya yang sedikit berbeza daripada kebiasaan itu turut membuatkannya terfikir kemungkinan anaknya kali ini adalah lelaki.
"Orang kata kalau anak perempuan tu dia ambil kecantikkan ibu, kalau lelaki tu pula ibu yang nak melawa. Apapun saya bersyukur je kalau Tuhan nak bagi lelaki atau perempuan," katanya.
Ditanya jika kehamilan isterinya itu memberi kesan pelik terhadap dirinya, Alif menjelaskan dia berasa sedikit berdebar menantikan anak ketiganya itu.
"Bila anak dah bertambah, kita pun kena kerja kuat. Itu yang membuatkan Alif sangat gementar.
"Insya-Allah, Shadila dijangka bakal melahirkan bayi ketiga pada Oktober ini," katanya.
Alif dan Shadila yang berkahwin pada 15 September 2014 dan sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.