Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isteri Hamil Tujuh Minggu, Rasa Tak Percaya Jo Jung Suk Dah Nak Jadi Bapa

Mya Amri
06/01/2020 12:00 MYT
Pelakon Korea Jo Jung Suk bakal bergelar bapa selepas isterinya, penyanyi Gummy dilaporkan hamil tujuh minggu

Berita itu didedahkan oleh media Korea, Ilgan Sports secara eksklusif menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut kenyataan tersebut, Gummy yang kini hamil anak pertama membuat keputusan memberikan fokus untuk menjaga kesihatan dan juga kandungannya.

“Jo Jung Suk dan Gummy bersyukur kerana dikurniakan anugerah istimewa ini. Mereka berdua juga teruja dan tidak sabar untuk menyambut kehadiran orang baru. Jadi Gummy kini lebih memberikan fokus untuk menjaga kandungannya,” ujarnya.

Malah berita gembira itu juga turut disahkan oleh agensi Gummy, C-JeS Entertainment.

“Mereka kini lebih berhat-hati memandangkan usia kandungannya baru mencecah tujuh minggu. Gummy juga telah merancang untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga kehamilannya,” jelas wakil agensinya.

Terdahulu, Jung Suk dan Gummy telah bertemu pada tahun 2013 dan mengambil keputusan untuk bercinta.

Selepas lima tahun menjalin hubungan cinta, pasangan ini mengambil keputusan untuk berkahwin pada Oktober 2018.

Sumber: Koreaboo
#Artis Korea #Jo Jung Suk #Gummy
;