Isteri kepada selebriti popular Indonesia Irwansyah, Zaskia Sungkar mendedahkan rumah tangga mereka ditimpa dugaan yang agak berat pada peringkat permulaan.

Memetik laporan Liputan6, Zaskia mengatakan mereka sering bertengkar, malah dia pernah meminta cerai berkali-kali dari suaminya itu.

"Ketika awal perkahwinan, saya dan Irwan kerap bergaduh dan memang teruk sehingga saya pernah minta cerai berkali-kali," katanya.

Menyedari masalah itu, pasangan ini cuba mencari penyelesaian dan yakin bahawa Allah SWT akan membantu mereka.

Justeru, Zaskia dan Irwansyah pergi menunaikan umrah serta mendalami ilmu agama.

"Hubungan sesama keluarga jauh lebih harmoni, ternyata kuncinya itu cuma satu.

"Di saat kita menyerahkan semuanya kepada Allah, mendekatkan diri kepada-Nya, di saat itu kita boleh menemukan ketenangan yang tak akan dapat di mana-mana pun," katanya mengakhiri bicara.

Kini, rumah tangga pasangan ini semakin bahagia tambahan dikurniakan pula cahaya mata lelaki pada 31 Mac lalu.

Anak sulung itu dinamakan Ukkasya Muhammad Syahki dan dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia.

Irwansyah dan Zaskia mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.

Kredit Foto: Instagram Irwansyah