Laman Utama

“Isteri Jangan Ego” - Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5, Tilla Ucap I Love You Pada Sam Setiap Hari

gempak
Azwa Rahman
08/02/2021
11:50 MYT
Sponsor Banner
“Isteri Jangan Ego” - Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5, Tilla Ucap I Love You Pada Sam Setiap Hari
Pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima pada hari ini.
Lebih istimewa, tarikh 8 Februari juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Syatilla yang kini berusia 30 tahun.
Menurut Syatilla atau lebih mesra disapa sebagai Tilla, bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga, dia sentiasa memastikan hubungan bersama Sam, 38, terasa seperti zaman bercinta dan awal perkahwinan.
“Tilla selalu buat Sam macam kami baru bercinta. Kita kena ungkapkan kata-kata yang best macam mana masa kita awal bercinta dulu dan belajar mencintai pasangan kita setiap hari. Sam dan Tilla kena sentiasa ada spark dan 'bunga-bunga' dalam rumah tangga.
“Dalam satu hari, tak pernah sekali pun Tilla tak cakap I love you dekat Sam. Walaupun Sam jenis lelaki yang susah nak cakap I love you, tapi isteri jangan ada ego untuk tak cakap I love you kat pasangan walaupun pasangan kita tu bukan jenis yang suka melafazkan.
“Sam jenis seorang yang membuktikan kasih sayang melalui tindakan dan Tilla pulak ungkap dari segi perkataan. So masing-masing ada cara tersendiri,” ujar Tilla ketika menjawab soalan Gempak.
Malah tambah Sam, dia berpendapat kejujuran adalah kunci kepada rumahtangga yang sentiasa aman dan damai.
“Bagi pihak suami, kita kena jujur dengan diri sendiri sebab kita nak bina sebuah rumahtangga yang bahagia. Jujur dengan pasangan dan jangan sampai pasangan kita ada berprasangka yang bukan-bukan,” jelasnya lagi.
Imbas kembali, Sam dan Tilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live