Isteri kepada John Legend iaitu Chrissy Teigen dilihat jelas tertidur ketika pelakon dan pengarah Casey Affleck memberi ucapan di Anugerah Akademi ke-89 (Oscars) semalam.

Wajah Chrissy Teigen yang juga seorang model terkenal itu telah secara tidak sengaja dirakam ketika siaran langsung anugerah tersebut.

Chrissy dilihat melentokkan kepalanya ke bahu John Legend sambil menutupkan matanya seperti sedang tidur.

Kejadian itu telah mendapat perhatian ramai netizen terutama di Twitter yang rata-rata menjadikan ia sebagai bahan lawak.

Sumber: Huffington Post