Isteri Jovian Mandagie Bantu Peniaga Kecil Promosi Produk - “Tiada Bayaran Dan Tak Perlu Hantar Barang”

Mya Amri
Jun 1, 2021 10:27 MYT

Isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie, Datin Nina Ismail Sabri menggunakan platform media sosial miliknya untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang terjejas selepas perintah ‘lockdown’ dilaksanakan bemula hari ini.

Nina yang juga merupakan anak kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil menyediakan platform berniaga buat pengusaha kecil secara percuma.

“No charges dan tak perlu hantar apa-apa barang okay. Saya hanya perlukan maklumat sahaja. Kalau ada website boleh bagi website, jadi saya boleh lakukan swipe up untuk link berkenaan.

“Untuk yang bukan peniaga, tolong support mereka okay,” tulisnya.

Sehingga kini, Nina mempunyai seramai 502,000 ribu pengikut.

Untuk info: Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown' fasa pertama di seluruh negara yang berkuat kuasa selama 14 hari telah bermula.

Tempoh dua minggu berkenaan merupakan tempoh yang amat penting bagi negara untuk melandaikan lekuk COVID-19 yang sebelum ini pernah merekodkan sebanyak 9,020 kes baharu harian, tertinggi sejak pandemik berkenaan melanda negara awal tahun lalu.

#Jovian Mandagie #Nina Ismail Sabri #Datuk Jovian Mandagie #Lockdown #Total Lockdown #Bantu Peniaga Kecil