Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Isteri Justin Timberlake Takut Anak Lelaki Membesar Jadi Dewasa

Maliah Surip
02/06/2023 13:45 MYT
Isteri Justin Timberlake, aktres Jessica Biel mengaku takut melihat dua anak lelakinya membesar.

Pasangan tersebut memiliki dua anak iaitu Silas, 8, dan Phineas, 2 tahun. Meski mereka masih kecil, Biel mengatakan takut untuk membayangkan melihat anak-anaknya membesar sebagai lelaki dewasa.

“Saya terlalu gementar memikirkannya, maksud saya ia menakutkan,” katanya seperti dilaporkan USWeekly.

Bintang 7th Heaven ini menyifatkan mencecah kematangan dan menjadi dewasa tidak mudah.

“Saya rasa menjadi dewasa tidak mudah dan saya selalu bercakap tentang hal ini kepada Silas tapi dia hanya memandang saya tidak faham,” katanya lagi.

Biarpun sangat bimbang melihat anak-anaknya membesar, Biel, 41, mengatakan kehadiran dua cahaya mata dalam keluarga telah merubah kehidupannya bersama Timberlake.

“Mempunyai anak sangat mengujakan. Hal itu membuat saya tidak sempat berasa ‘gelap’ dan meninggalkan perkara tidak seronok di luar rumah atau hanya berakhir di tempat kerja,” ujar Biel.

Biel dan Timberlake, 42, berkahwin pada 2012 sebelum memiliki anak pertama yang lahir pada 2015.
#Anak #Hollywood #Justin Timberlake #Jessica Biel