Akibat patah hati, seorang lelaki mengambil keputusan untuk membunuh diri setelah mendapati isterinya curang beberapa kali.

Menurut sumber, tragedi yang berlaku di Shaanxi, China itu terjadi setelah si suami, Zeng Zhi tidak mampu lagi bertahan dengan sikap isterinya, Liu Ling yang sering kali berselingkuh.

Terdahulu, Zeng Zhi berjaya mencekup perbuatan Liu Ling namun tetap bersabar dan memaafkan isterinya itu kerana rasa sayang serta bimbang anak-anak mereka kurang kasih sayang.

Sungguhpun begitu, Liu Ling tetap berselingkuh dan berulang-alik ke hotel bersama bosnya sendiri yang mempunyai perbezaan umur sebanyak 14 tahun.

Perkara itu juga disahkan oleh bos Liu Ling yang tanpa segan silu memberitahu Zeng serta menuduhnya sebagai seorang lelaki yang tidak pandai menjaga isteri.

Oleh kerana terlalu kecewa, Zeng mengambil keputusan meminum racun perosak untuk tujuan membunuh diri.

Zeng sempat dibawa ke tiga hospital berbeza untuk rawatan kecemasan, namun tidak dapat diselamatkan kerana racun yang diminum mempunyai kandungan toksik yang tinggi dan memberi kesan serius pada organ dalaman.

Sumber: Tribun News