Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isteri Kantoi Curang, Suami Rela Maafkan Kerana Masih Cinta

Syafiqah Jalal
27/08/2023 13:43 MYT
Demi cinta. Meskipun kecewa kerana melihat sendiri isteri ditangkap menjalinkan hubungan terlarang dengan lelaki lain, namun sang suami sanggup memaafkan.

Baru-baru ini tular sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang suami memaafkan isterinya selepas wanita itu ditangkap 'basah'.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia. Kejadian berlaku di Jambi pada Rabu lalu.

Seorang wanita bertopi keledar kelihatan dikerumuni orang ramai di dalam sebuah rumah selepas dia ditangkap oleh suaminya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Walaupun ditangkap curang, si suami didakwa memaafkan perbuatan wanita itu kerana dia dikatakan masih menyayangi isterinya.

Lelaki itu juga enggan membawa isterinya dan kekasih wanita tersebut ke balai polis.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Mungkin lelaki itu menumpang kekayaan isterinya. Kalau lelaki normal, dia masih mempunyai harga diri dan tidak akan memaafkan isterinya,” komen seorang netizen.

“Suaminya tidak mempunyai maruah,” komen netizen lain.

;