Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam kecewa apabila suaminya menolak permohonan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Menurut Nelissa, penolakan tuntuan cerai itu dilakukan Ammar pada Julai lalu.

“Saya kecewa kenapa Ammar seperti hendak menjadikan kes ini semakin rumit apabila menolak permohonan cerai itu.

“Saya tak tahu apa niat sebenarnya kerana bagi saya, kami sudah tiada apa-apa hubungan.

“Malah sudah tidak bersama sejak setahun yang lalu,” katanya kepada Astro Gempak.

Nelissa ditemui selepas selesai urusan pelantikan hakam untuk kedua-dua belah pihak di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

“Ammar tak beri kerjasama, dia belum melantik mana-mana hakam.

“Selepas Ammar dah lantik hakam nanti baru kami boleh teruskan proses perceraian ini,” katanya ringkas.

Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu dan perkahwinan mereka mulai retak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.