Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isteri Kecewa, Bakar Suami Sebab Kulit Gelap Dan Rupa Hodoh

Mya Amri
12/11/2023 07:55 MYT
Seorang wanita di India yang berusia 26 tahun telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membakar suaminya empat tahun lalu.

Menerusi laporan Odisha TV, kejadian itu berlaku kerana wanita berkenaan kecewa dengan rupa dan kulit gelap suaminya sehingga menyebabkan dia meminta untuk cerai secara berulang kali.

Namun mangsa tetap mempertahankan perkahwinan mereka biarpun kecewa dengan sikap si isteri.

Pada November 2018, pasangan ini kemudiannya dikurniakan cahaya mata perempuan.

Bagaimanapun kejadian ngeri itu berlaku pada 15 April 2019 di mana mangsa yang sedang nyenyak tidur disimbah dengan minyak petrol sebelum isterinya bertindak membakar suaminya.

Mangsa yang dimasukkan ke hospital berada dalam keadaan kritikan dan dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk.

Susulan insiden itu, abang kepada mangsa memfailkan pertuduhan membunuh kepada tertuduh yang membawa kepada penahanan suspek.

Mahkamah tempatan telah mengesahkan pengisytiharan kematian mangsa kepada polis di mana dia sempat menamakan isterinya sebagai pembunuh.

Dalam pembelaannya, suspek mendakwa dia cuba menyelamatkan suaminya dan mengalami kecederaan melecur dalam proses itu.

Sumber: Odisha TV

#Suami #Isteri #Mahkamah #Bakar #Kulit Gelap #Hodoh #Isteri Bakar Suami
;