Hiburan
Isteri Kedua Beri Kenyataan, Adi Putra Bakal Jelas Kepada Media
Aktor Adi Putra bakal tampil menjelaskan satu persatu mengenai kontroversi rumahtangganya bersama isteri kedua yang dikhabarkan sedang dilanda badai.
Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, memberi kenyataan itu menerusi laman sosial Instagram (IG) miliknya beberapa hari lalu.
Menerusi entri tersebut, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak media di atas keperihatinan terhadap dirinya.
Adi turut memuat naik foto yang menunjukkan keratan akhbar mengenai isterinya, Norshahida Zolkifly, 33, yang memberi kenyataan tentang isu rumahtangga mereka tanpa kehadiran dan pengetahuannya.
Berikut merupakan foto dan kapsyen tersebut:
Menerusi kenyataan isteri keduanya di dalam akhbar tersebut, Shahida memberitahu hubungannya dengan Adi baik dan pelakon itu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami seperti biasa.A photo posted by ADI PUTRA (@adpadiputra) on
Malah Shahida memberitahu hubungannya dengan madu atau isteri pertama iaitu Aida Yusof juga baik. Namun Shahida akui terdapat pihak lain yang cuba melaga-lagakan mereka.
Namun khabar angin yang mengatakan dia sudah keguguran itu benar.
Terdahulu menerusi ruangan BiPop Berita Harian, telah melaporkan perkahwinan mereka sedang bermasalah, bagaimanapun tiada kepastian mengenai punca keretakan rumah tangga mereka.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video