Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Isteri Kongsi Berita Gembira, Shahrol Shiro Minta Doakan Yang Baik-Baik

Fiza Kamarudin 03/07/2020 | 11:12 MYT

Pelawak Shahrol Shiro meluahkan rasa syukur selepas isterinya, Nor Farhanah Syamimi memberitahu dirinya hamil selepas mengalami keguguran pada Februari lalu.

Shahrol berkata, kandungan isterinya kini baru berusia tiga bulan dan jika diizinkan Allah mereka akan menimang cahaya mata kedua pada hujung tahun ini atau awal tahun 2021.
“Insya-Allah, doa-doakanlah agar semuanya dipermudahkan. Kalau tak ada aral melintang hujung tahun ini atau awal tahun depan Adam dan Iskandar jumpalah adik mereka.
“Terima kasih atas ucapannya dan kepada semua yang mendoakan isteri saya serta kami sekeluarga. Sesungguhnya doa kalian amat bermakna buat kami,” katanya.
Terdahulu Nor Farhanah atau lebih mesra dengan panggilan Anna turut berkongsi mengenai berita gembira tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya.
Menerusi hantaran tersebut Ana tidak putus memanjatkan rasa syukur di atas rezeki yang diberikan Allah selain turut mengucapkan terima kasih kepada suami kerana memahami emosi wanita hamil.
“Alhamdulillah. I’m pregnant!
“Terima kasih Ya ALLAH atas rezeki yang telah diberikan pada kami. Hari tu bulan dua Anna keguguran tak lama lepas tu ALLAH bagi rezeki lagi.
“Sesungguh kita merancang tapi ALLAH lebih mengetahui bila masa yang sesuai untuk kita. Sentiasa berfikiran positif dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
“Terima kasih My Husband sebab banyak memahami emosi orang mengandung,” tulisnya.
Artikel Berkaitan:

#Anak #Shahrol Shiro #Isteri Hamil
;