Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Isteri Kongsi Foto Berhijab, Tajul Komen - “Alhamdulillah”, Ramai Doakan Semoga Istiqomah

Mya Amri
15/08/2021 11:48 MYT
Isteri kepada penyanyi Tajul, Nurul Shamieza Eddie kelihatan begitu manis apabila tampil dengan imej berhijab.

Foto terbaharu yang dimuat naik Shamieza atau lebih mesra dengan panggilan Ica itu menimbulkan tanda tanya peminat Tajul sama ada isteri kesayangannya itu sudah berhijrah.

Malah kapsyen pada foto Ica juga seolah-olah memberikan bayangan bahawa dirinya dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

“Selamat hujung minggu semua! InsyaAllah doakan yang baik-baik,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @icaaeddie


Tajul bagaimanapun menerusi ruangan komen foto tersebut menyatakan rasa gembira terhadap perubahan isterinya.

“Alhamdulillah @icaaeddie semoga yang baik-baik,” tulisnya.


Malah menerusi hantaran di ruangan Insta Story miliknya juga, Tajul mengucapkan “Alhamdulillah”.


Dalam pada itu, ruangan komen foto isterinya juga dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh pengikutnya.

Tajul dan Ica telah mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy yang dilahirkan pada 6 Mei 2021.
#Berhijab #Tajul #Berhijrah #Isteri Tajul