Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isteri Malu Bila Tahu Suami Pinjam Duit Abang Untuk Halalkan Dirinya - “Kak Ipar Perli Suami Aku Hutang Kahwin Tak Bayar”

Gempak
18/04/2024 12:55 MYT
Perkahwinan merupakan satu fasa dalam hidup yang dinantikan oleh kebanyakan orang. Sudah tentu, ramai dalam kalangan kita mahukan majlis yang sempurna, lengkap serba serbi dan bakal diingati sehingga ke akhir hayat.

Namun, pada masa kini, acara perkahwinan yang kecil pun memerlukan belanja besar, apatah lagi dengan keadaan ekonomi masa kini yang agak ‘tenat’.

Duit kahwin

Mungkin itu yang dialami oleh seorang wanita menerusi luahan perasaan di platform NGL yang dikongsikan semula oleh warganet di platform X.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan menzahirkan rasa malu apabila mendapat tahu duit belanja perkahwinannya adalah wang pinjaman daripada abang suaminya.



“Mein aku malu, raya ni aku baru dapat tahu husband aku pinjam duit abang dia untuk kahwin dengan aku.

Aku tak sangka sangat sebab dia tak pernah cakap pasal financial issue untuk wedding kami. Wedding pun simple je.

“Tiba-tiba kak ipar perli suami aku hutang kahwin tak bayar. Kita orang baru tiga bulan kahwin. Aku malu sangat,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen memberikan pendapat tentang isu berkenaan.





Sumber foto: Puan Umi, SirapLimau
Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Gigi Berterabur, Wanita Ini Sedih Tunang Bandingkan Kecantikannya Dengan Bekas Kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Dihalau Dari Rumah Sewa, Suami Tak Hirau Lepas Kahwin Lain… Wanita Dua Anak Ini Tumpang Tidur Di Masjid

#Bayar hutang kahwin #Kahwin Hutang #Kahwin pinjam duit abang #Kakak ipar perli
;