Hiburan
Isteri Masuk Hospital, Ajak Shiro Tak Boleh Tidur
Isteri kepada pelakon dan pelawak Ajak Shiro, Afifah Amin dimasukkan ke hospital akibat terkehel tulang bahu.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ajak menerusi akaun Instagramnya kira-kira 17 jam yang lalu.
Ajak telah memuatnaik foto Afifah bersama imbasan X-tray bahagian bahu isterinya berserta kapsyen berbunyi:
“Sabar eh sayang… Baba tengok pun dah rasa sakit.. Doakan yang baik2 insyaallah. @afifahamin. #ShoulderDislocate #JustNow #TropicanaMedicalCentre,” tulisnya.
Selain itu, Ajak juga turut meluahkan rasa kebimbangannya terhadap kecederaan yang dialami oleh isteri kesayangannya menerusi satu entri yang baru dikongsi 27 minit yang lalu.
“Ibu bukan chef, tapi bila ibu masak Ba makan sedap rasa. Ibu bukan Guru Kaunseling, tapi bila Baba kusut ibu buat Ba tenang dada. Ibu bukan doktor, tapi bila Baba sakit ibu teman sakit tu takde.
“Sekarang ibu sakit, Jadi Ba buat benda yg sama. Harapnya samalah rasa yg Baba rasa tu, kalau sakit jugak maknanya Baba kena keluor la xleh teman... Ba keluar jap eh sayang, kejap lagi naik lagi,” luahnya.
Dalam pada itu, melalui IG isterinya, Afifah juga menyatakan rasa terharu dengan tindakan suaminya yang sanggup tidak tidur malam semata-mata ingin memantau keadaannya.
“Tq sayang sebab jaga ibu semalaman.. Nampak baba risau sangat semalam. Sampai pagi baba tak tidur sebab monitor ibu itu ini, ibu sayang baba,” tulisnya.
Sementara itu, ruangan komen IG kedua pasangan ini dipenuhi dengan komen pengikut IG yang mendoakan kesembuhan isteri pelawak tersebut.
Sehingga kini, Afifah masih dirawat di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara dan sedang menunggu keputusan doktor.
Teks oleh: Mya Amri