Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Isteri MK K-Clique Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan - “Ini Anugerah Terbesar Daripada Allah”

Asyikin Mayudin
03/08/2024 15:14 MYT
Isteri kepada penyanyi rap MK K-Clique iaitu Siti Hajaar selamat melahirkan cahaya mata pertama pada Sabtu.

Berita gembira itu itu dikongsikan oleh MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, di Instagram miliknya yang turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuannya itu.

Cahaya mata

“Alhamdulillah ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya (Hajar) selamat melahirkan seorang puteri.
Ini anugerah terbesar daripada Allah,” katanya.

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)


Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen selain mendoakan supaya pasangan ini mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dengan baik.

Terdahulu, perkongsian video memperlihatkan ‘baby bump’ isteri kepada penyanyi rap dan pelakon MK K-Clique, Siti Hajaar Syeikh Nordin baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Teka Isteri MK K-Clique Hamil Anak Kembar, Ini Respons Empunya Badan…

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique Kongsi Kehamilan Isteri Pada Hari Ulang Tahun Kelahiran, Peminat Komen: “Perut Besar Macam Baby Kembar”

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Didakwa Hamil, MK K-Clique Pilih Masa Yang Sesuai Untuk Kongsi - “Saya Memilih Sebegini Sebab ia Terlalu Peribadi”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti Tak Gaduh, MK & Tuju Bergabung Lakukan Perkara Ini Bersama!

Rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kehamilan pertama pasangan itu namun ada juga diantara mereka yang membuat tekaan Siti Hajaar sedang hamil anak kembar.

Bagaimanapun, Siti Hajaar membalas setiap komen dengan mengharapkan semua orang mendoakan kehamilan seterusnya selepas ini dikurniakan rezeki anak kembar.

Untuk rekod, MK dan Hajar bernikah pada 16 Jun tahun lalu di Ampang, Selangor.

#MK K-Clique #Siti Hajaar #Cahaya mata perempuan