"Penyondol," itu gelaran yang diberikan oleh isteri penyanyi ND Lala, Fauziah Sarman kepada seorang wanita yang didedahkan wajah serta namanya di akaun Instagram miliknya tadi.

Menerusi kemas kini berkenaan dia bukan sahaja mendedahkan wajah wanita yang didakwa perosak rumah tangga malah berserta nama.

Sebelum ini bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu terkait dengan gosip pelakon dan penyanyi era 1980-an berkahwin muda.

Pun begitu, Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Mamazie tidak menjelaskan lebih lanjut siapa dan apa kaitannya penyondol itu dengannya.

Entri berkenaan bagaimanapun mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengesahkan gosip yang selama ini bertebaran ternyata benar.

"Makananya yang viral haritu betul la...Ya Allah sedihnya kenapa semua nak sondol laki orang, carilah bujang," kata salah seorang pengikutnya.

"Bila kesabaran sudah hilang," rujuk netizen terhadap ibu Shila Amzah.

Tidak kurang juga yang mengkritik wajah wanita yang digelar penyondol itu.

"Muka penyondol memang semuanya macam haram," komen salah seorang warganet

"Aiyo macam makcik makcik juga," tulis salah seorang warga maya.

Terdahulu nama ND Lala menjadi sebutan selepas didawh telah berkahwin seorang lagi dengan seorang perempuan muda. Namun tiada pengesahan atau kenyataan dari mulut penyanyi veteran itu atau pun isterinya, Mamazie.

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)