Isteri kepada penyanyi Nubhan Ahamad, Afifah Tawfek nekad dengan keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai doktor gigi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Kata Afifah atau lebih mesra menggelarkan dirinya Fie, dia senang hati untuk mengikut kata suaminya dan menganggap tugas sebagai suri rumah adalah 'pekerjaan' yang mulia.

"Husband kata pekerjaan suri rumah ini pekerjaan paling mulia. Bukan main meriah sambutan masuk kerja hari pertama sebagai housewife.

"Dulu masuk kerja sebagai doktor tak ada pula macam ni," tulisnya selepas dikejutkan Nubhan sempena hari terakhir perkhidmatannya di Klinik Pergigian Seremban baru-baru ini.

Assalamualaikum.... Fie doakan semua dalam keadaan sihat, dan sabar. Dah banyak tempat mula pkp semula. Semoga dipermudahkan urusan semua. Bila berkurung kat rumah ni, duk pusing2 gambar throwback je la... Rasa lama x update instagram... xtau nak story apa ? Ingat nak simpan gambar ni sampai video siap edit. Tp xpela.. kita bg sneak peak dulu. Husband @nubhan.ahamad kata pekerjaan suri rumah ni pekerjaan paling mulia. Bukan main meriah sambutan masuk kerja hari pertama as housewife. Dulu masuk kerja as doctor xde pulak mcm ni.... Hehehehe....? Tp ye lah... bila jd housewife kne jugak buat side income kan... siapa nak beli @lantarabeauty boleh click link kat bio ig @lantarabeauty ok?❤️ jom la support gang2 housewife ni✌?

A post shared by I Am Dr ‘Afifah Tawfek (@drfietawfek) on


Dalam majlis kejutan itu, Nubhan menjemput Fie pada hari terakhirnya dan menghadiahkan isterinya sejambak bunga.

Diakan suri hati, suri rumah, suriram ram??? @drfietawfek . . @lantarabeauty

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad) on


Malah, Nubhan menghadiahkan isterinya itu sekotak perkakas dapur dan kelengkapan pembersihan rumah sebagai permulaan menjadi suri rumah.

Pada masa sama, pasangan suami isteri itu turut gigih mengusahakan produk kecantikan milik mereka sendiri.

Sekarang fie faham sangat susah betul nak buat keputusan bila kita dah ada keluarga dan tanggungjawab besar lagi2 bergelar seorang ibu. Fie habis belajar je, fie berat juga nak buat keputusan untuk tangguh masuk kerja sebab fie sedang mengandung... lepas Aafiya cukup 6 bulan, alhamdulillah fie pun dpt tawaran kerja. Dpt fie bg 100% susu ibu utk Aafiya sebelum fie mula bekerja. Tahun kedua bekerja lahir pulak Aaffan.... sambil kerja sambil pam susu. Alhamdulillah rezeki Aaffan, dpt susu ibu sepenuhnya. Balik kerja sambung jaga Aafiya. Jarak aafiya dgn aaffan 2 tahun je... agak penat tapi membahagiakan.. Tahun ketiga, dapat offer penempatan tetap di Johor. Tp fikirkan suami yang dah selesa di Seremban. Business makin baik. Anak2 pula dekat dengan aki dan wan nya.... berat lagi hati nak pindah bawak keluarga. Suami pulak sgt supportive, sanggup jaga anak kalau fie perlu travel untuk kerja. Suami xpernah halang apa shj keputusan fie. Sekarang fie ambil keputusan utk berhenti... In shaa Allah malam ni kalau ada rezeki, fie nak buat live sambil kita sembang lg story k? Sementara tu, jom beli @lantarabeauty . Dah cuba baru tau? Special thanks to staff2 Klinik Pergigian Seremban. Ni video hari last kt sana. Sempatla picnic Oden blkg klinik. Kalau korang tau klinik seremban glamour dengan klinik dalam taman? hehe.. jgn jealous?

A post shared by I Am Dr ‘Afifah Tawfek (@drfietawfek) on


Keputusan Fie untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju dan menganggap pintu rezeki itu sentiasa terbuka walau di mana-mana, malah ada juga sebaliknya.

"Welcome to group suri rumah berjaya," tulis @effasharif90.

"Mestilah meriah celebration untuk doktor di rumah juga. Housewife ni semua job dia handle. Happy for you," tambah @sisterholic.co.

"Semoga terus maju dengan bisnes. Rezeki ada di mana-mana," sahut @kaklongmie.

"Tak apa, ada rezeki boleh buka klinik private nanti kan. Kami doakan," tambah seorang pengguna lain lagi.

Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.