VIRAL
Isteri Orang Ditangkap Khalwat Bersama Lelaki Bujang Di Rumah Sewa - "Lelaki Itu Beri Alasan Tumpang Tidur Kerana ..."
Sepasang kekasih tergamak mengaku sudah berkahwin bagi mengaburi mata masyarakat perbuatan terkutuk mereka di sebuah rumah sewa di Padang Serai, Kulim, Kedah, pada Ahad.
Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar ketika ditahan penguatkuasa agama pada jam kira-kira 1.45 pagi.
Siasatan mendapati wanita berusia 29 tahun itu masih berstatus isteri orang serta mempunyai empat anak.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, wanita terbabit dikatakan mula mengenali lelaki bujang itu lebih kurang empat bulan lalu.
Menurutnya, suami wanita itu dikatakan ditahan di penjara sejak November lalu dipercayai mempunyai kaitan kes dadah dan anak mereka berada dalam jagaan kedua ibu bapa di kampung.
"Wanita berstatus isteri orang dan pasangannya ditangkap khalwat di rumah sewa wanita itu, dia dikatakan dalam proses perceraian," katanya.
Sementara itu, pasangannya berusia 23 tahun, bekerja sebagai pemandu jentera berat dikatakan berasal dari Changlun.
"Hasil maklumat, mereka baru sahaja berkenalan sejak awal tahun ini...lelaki itu memberi alasan tumpang tidur sekali gus tinggal di rumah sewa itu kerana diupah membuat kerja-kerja di sekitar Padang Serai.
"Difahamkan, kedua-duanya memberitahu jiran bahawa mereka baru berkahwin," katanya.
Jelasnya, ketika diserbu, wanita itu mengambil masa lima minit untuk membuka pintu selepas diketuk di mana pasangannya ditemui bersembunyi di sebalik pintu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.
Sumber: Sinar Harian