Isteri Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Sophie Grogoire Trudeau telah disahkan positif coronavirus.

Memetik laporan Astro Awani, berita itu diumumkan oleh jurucakap di Jabatan Perdana Menteri.

Menerusi kenyataan itu lagi, Justin berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang simptom Covid-19.



Terkini, Sohpie akan diasingkan buat sementara waktu manakala Justin akan melakukan kuarantin sendiri selama 14 hari.

Selain isteri Perdana Menteri Kanada, antara beberapa nama popular lain yang disahkan positif coronavirus adalah pelakon Hollywood Tom Hanks dan isterinya, pemain NBA Rudy Gobert dan jurulatih Arsenal Mikel Arteta.