“Isteri Pregnant, Suami Mengidam”- Rosma AF Hamil Anak Ketiga?

Syafiqah Jalal
Ogos 23, 2018 01:18 MYT
Penyanyi Khai AF (bekas pelajar Akademi Fantasia 1) mendedahkan selama ini dia pasti mengidam hendak makan sesuatu setiap kali isterinya, Rosma AF hamil.
Khai berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
“Isteri pregnant, suami mengidam dan alah (alahan). Siapa geng?,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Khai memuat naik video dia bersama Rosma yang sedang berada di klinik.
Menurut Khai dia sudah lama tidak merasa mengidam makanan pelik-pelik sehinggalah baru-baru ini dia merasakan sesuatu tidak kena pada badannya.
Justeru dia segera membawa Rosma ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Video itu dipercayai dirakam sebelum mereka berjumpa doktor dan mengetahui keputusannya.
Namun entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata telah pun mengucapkan tahniah.
Sehingga kini, tiada sebarang kemas kini mengenai kesahihan berita tersebut.
#Penyanyi #Hamil #Hamil #Penyanyi #Khai AF #Rosma AF