VIRAL
Isteri Presiden Perancis Saman Pempengaruh Dakwa Dilahirkan Lelaki
Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan isterinya, Brigitte Macron memfailkan saman terhadap seorang pempengaruh serta pemilik podcast kerana mendakwa Brigitte dilahirkan sebagai seorang lelaki.
Menerusi dokumen setebal 218 muka surat yang dihantar kepada Candace Owens, Macron memfailkan saman kepada pemilik podcast Amerika Syarikat yang memiliki jutaan pengikut di X dan YouTube dan difailkan di Delaware Superior Court.
Antara pengisian dokumen yang diberikan pihak peguam, pasangan Macron itu mendakwa Owens telah beberapa kali menafikan permintaan mereka untuk menghapuskan konten podcast yang bertajuk Becoming Brigitte.
Owen menggunakan podcast miliknya yang cukup popular untuk menyebarkan fitnah dan laporan palsu terhadap Brigitte, antaranya mendakwa wanita itu dilahirkan sebagai lelaki.
Wanita berusia 72 tahun itu juga didakwa dilahirkan dengan nama lelaki iaitu Jean-Michel Trogneux. Ironi nama tersebut adalah milik abangnya.
“Konten tersebut bersifat fitnah dan satu ugutan yang telah menyakitkan kami sekeluarga.
“Kami telah memberi banyak peluang kepadanya untuk menghapuskan konten tersebut namun ditolak. Jadi dengan saman ini kami harap dapat menegakkan keadilan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan AFP.
Must-Watch Video