Laman Utama

Isteri Presiden Ukraine, Olena Zelenska Jadi Cover Vogue, Konsep & Mesra Dengan Volodymyr Zelensky Curi Perhatian

Maliah Surip
29/07/2022
06:58 MYT
Nama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan isterinya yang digelar Ibu Negara, Olena Zelenska sedang menjadi perbualan dunia.
Pasangan ini mengejutkan banyak pemerhati politik dan dunia seni apabila keduanya muncul secara eksklusif dalam sesi pemotretan untuk muka depan majalah Vogue edisi digital, Oktober 2022.
Vogue sebenarnya menampilan Zelenska secara solo pada wajah hadapan, namun beberapa foto intim pasangan ini tetap diabadikan secara eksklusif oleh jurugambar selebriti kenamaan, Annie Leibovitz.
Lokasi penggambaran tersebut dijalankan di area gedung bawah tanah yang ditukar konsep seperti kubu bawah tanah bergaya klasik dan bersifat perlindungan.
Temtu sahaja sesi pemotretan tersebut menuai beragam pendapat. Ada yang menyokong, namun pasangan ini dibanjiri kritikan apabila saat ini Ukraine masih dalam fasa bergolak.
Kepada Vogue, perempuan 44 tahun itu berbagi pengalamannya menghadapi situasi darurat dan tetap menenangkan rakyatnya sejak perang antara Rusia dan Ukraine pecah pada Februari lalu.
“Jujur, saya tidak tidak berpikir ada yang memahami bagaimana kami menghadapinya secara emosional. Kami mengharapkan kemenangan. Kami yakin akan menang. Dan inilah yang membuat kami terus maju," ungkap Zelenska yang juga dikenal sebagai penulis sketsa komedi.
Untuk sesi pemotretan tersebut, beliau dilihat menggayakan busana yang dirancang oleh pereka tempatan termasuk Bettter, Six, Hvoya, The Coat, Kachorovska, dan Poustovit.
Selain menjalani pemotretan secara solo, Zelenska turut bergambar dengan suaminya, Zelensky. Potret mereka terlihat sangat mesra dengan berpegangan tangan erat.
“Dia adalah cinta sejati dan temanku yang terbaik. Dia sahabat sejati,” puji sang presiden tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.