Isteri Puaskan Nafsu Dengan Lelaki Lain Sebab Tak Dapat Layanan Suami - “Saya Dah Jadi Ketagih”
Asyikin Mayudin
08/09/2023 06:55 MYT
08/09/2023 06:55 MYT
Seorang wanita berkongsi kisah rumah tangganya yang berdepan masalah disebabkan tiada kepuasan dalam hubungan intim dengan suaminya.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok Gang Tak Takut Bini Clun, wanita itu mengakui dia mencari lelaki lain untuk memuaskan keinginannya gara-gara suami tidak dapat memberikan apa yang dimahukan.
“Pada mulanya hidup saya bahagia bila saya berkahwin, tapi bila lama-lama saya jadi macam rasa tak seronok dan hubungan intim itu pun saya rasa macam kurang dari yang asal.
“Bila saya minta, kadang-kadang dia penat. Saya pun ada keinginan macam perempuan lain. Siapa rasa kita tak nak kan. Kadang-kadang marah juga sebab, bila kita tinggal seorang itu nanti mesti rasa sangap kan.
“Sampai satu tahap saya terlepas, cari orang lain untuk puaskan keinginan nafsu saya,” kongsinya.
Tetap sayangkan suami, wanita itu menjadi ketagih dan bertukar-tukar pasangan hanya disebabkan mahu melepaskan nafsu.
“Tapi tak bermakna saya tak sayangkan suami saya. Saya mesti nak suami saya, lagi-lagi suami kan. Jadi bila saya dah mencuba sekali, saya jadi terjebat dan saya dah jadi ketagih.
“Saya asyik bertukar-tukar tapi bila waktu suami saya balik, saya jadi isteri la. Saya tak ada peluang untuk berubah bersama suami saya. Sedangkan suami saya sendiri tak ada usaha untuk diri saya.
“Sebenarnya dalam rumah tangga ini, hubungan seksual sangat penting untuk kita bahagia. Jadi, tak ada la jadi kes curang,” ujarnya.
undefined