Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isteri Remy Ishak Tak Dapat Selindung 'Baby Bump'? Netizen Terus Ucap Tahniah - "Opps Mommy To Be"

Syafiqah Jalal
03/03/2023 07:49 MYT
Bukan kali pertama, isteri kepada hero Malaya Remy Ishak iaitu Ezza Yusof, 39, menjadi bahan bualan netizen mengenai ‘baby bump’ yang dlihat sudah jelas kelihatan sekaligus mengukuhkan dakwaan wanita itu sudah berbadan dua.

Malah Ezza terus menjadi tumpuan selepas sekali lagi ramai yang mendakwa terdapat perubahan bahagian perut dalam sebuah videonya sedang memperagakan sepasang kasut jenama miliknya.

Mamun kali ini netizen bagai sudah pasti Ezza yang juga seorang usahawan itu sudah berbadan dua lalu ruangan komen di Instagram miliknya dipenuhi dengan ucapan tahniah.

"Oops mommy to be," komen salah seorang pengikutnya.

"Alhamdulilah tahniah," ucap salah seorang waega maya.

"Tahniah, perut nampak kecil sama macam saya perut tak nampak sangat even dah sarat," kata salah seorang netizen.

"Semoga selamat (dipermudah) hingga bersalin," doa salah seorang warga net.

Lebih mengukuhkan dakwaan itu apabila aktres popular, Fasha Sandha turut meninggalkan komen seperti memberi bayangan Ezza sedang berbadan dua.

“Sudah guna beg bersaiz besar. Petanda baik itu, nak kena isi macam-macam nanti (diikuti emoji botol susu bayi),” komennya.

Sekadar info, Remy dan Ezza bernikah pada 21 Ogos tahun lalu selepas lapan tahun bercinta dan saling mengenali hati budi.


;