HIBURAN
Isteri Rody Kristal Kongsi Cabaran Hamil Anak Ketiga - “Tak Boleh Masak, Nak Pitam, Nampak Padang Bola Okay”
Isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody iaitu Niena Azman kini hamil anak ketiga.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Niena atau nama sebenarnya Nur Izwani Azwan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Tak boleh masak, mengemas, nak pitam
Bagaimanapun kata Niena, kehamilan kali ini agak berbeza dan memberikan sedikit cabaran buat dirinya.
“Mine me and Rody coming soon! Versi ketiga kami. Alhamdulillah, bukanlah satu perjalanan yang mudah tetapi syukur pada Allah segala rezeki yang diberikan.
Terdahulu, Rody mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.