Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isteri Sahkan Ibnor Riza Sudah Sedar - "Dia Sudah Makan Melalui Tiub & Hanya Dibenarkan Minum..."

Syafiqah Jalal
22/02/2023 04:01 MYT
Isteri kepada penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza, 62, iaitu Sarimah Sulaiman syukur suaminya susah mula sedarkan diri.

Kata Sarimah, Ibnor juga telah menunjukkan tahap kesihatan yang positif.

"Alhamdulillah, keadaan suami (Ibnor) lebih baik dari semalam. Dia sudah sedar dan boleh bercakap.

"Suami sudah boleh makan melalui saluran tiub dan hanya dibenarkan minum susu sahaja.

"Jika keadaan kesihatannya bertambah baik, doktor akan memindahkannya ke wad biasa," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, kata Sarimah, buat masa ini Ibnor masih lagi di tahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan pemantauan doktor sejak dua hari lalu.

"Hasil perbincangan keluarga kami hanya menghadkan hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan melawat di wad.

"Doktor juga hanya membenarkan seorang pelawat atau waris yang boleh melawat pesakit dalam satu masa di wad ICU," katanya.

Pada masa sama, kata Sarimah, dia memohon semua peminat termasuk rakan artis mendoakan semoga suaminya segera sembuh dan keluar dari hospital.

"Insya-Allah, jika suami sudah dipindahkan ke wad biasa, barulah kami benarkan orang ramai termasuk rakan artis dan peminat untuk melawat," katanya.

Dalam laporan terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu terpaksa dimasukkan ke Hospital Port Dickson dan ditidurkan selepas pengsan pada Ahad lalu.

Penyanyi itu juga dilaporkan menghidap pelbagai penyakit seperti bengkak leher, kencing manis, darah tinggi, migrain serta kehilangan suara sejak tiga bulan lalu.

Sumber: Harian Metro

#Isteri #Sedar #Syukur #Ibnor Riza
;