Penyampai radio Zayan, Mawi berkongsi rasa terkilan apabila akaun media sosial Instagram isterinya, Ekin digodam.

Menerusi sebuah entri di Instagram, Mawi memohon jasa orang ramai agar tidak lagi mengikuti akaun asal Ekin yang kini telah ditukar namanya kepada @ekinmag.

"Salam semua... Nak bagitahu pada semua sahabat-sahabat follower ig isteri saya @ekinmawi.

"Tolong unfollow ig tu sebab ig Ekin baru je kena curi.

"Profile picture pun dia dah tukar gambar Amira Othman. Nama pun dah tukar @ekinmag. Harap maklum ya semua. Terima kasih," tulisnya.

Salam semua... Nak bagitahu pada semua sahabat2 follower ig isteri saya @ekinmawi. Tolong unfollow ig tu sebab ig Ekin baru je kena curi..Profile pic pun dia dah tukar gambar Amira Othman.Nama pun dah tukar ekinmag ? Harap maklum ya semua.Terima kasih ???

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on


Ekoran itu, Ekin telah mencipta akaun Instagram baharu dengan nama @ekinmawi_cahaya yang kini sudah mengumpul lebih 1,000 pengikut.

Salam semua... Nak bagitau akaun IG isteri saya EKINMAWI kena PEDAJAL.Tolong unfollow ok. Yang ni @ekinmawi_cahaya IG baru Ekin. Harap maklum.Terima kasih semua ?

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on


Akaun Instagram Ekin itu digunakan untuk mengemaskini perkembangan perniagaan mereka, Unequein selain aktiviti harian.

Bersimpati dengan nasib Ekin, ramai yang mencadangkan Mawi mendapatkan bantuan pakar dalam bidang teknologi untuk mendapatkan semula akaun yang telah digodam.