Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari sayu melihat keadaan dan usaha suaminya bekerja mencari rezeki demi keluarga.

Shafeeqa meluahkan isi hatinya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut Shafeeqa, suaminya tetap tersenyum walaupun menerima komen negatif dari sesetengah pihak yang gemar memberikan kritikan atau memperlekehkan kerjaya orang lain.

“Percaya atau tidak, saya hanya menunggu update dari peminat sahaja setiap kali berlangsung live yang melibatkan suami.

“Jarang saya ikut dia bekerja. Nanti dia risau saya duk mana. Kalau kat umah memang sah-sah selamat.

“Sayu hati bila tengok dia bekerja... Sebab kita tengok dia mencari idea, luahan hati hanya isteri sahaja yang tahu.

“Ibarat kita tengah tengok suami bancuh simen buat kerja kontrak tepi jalan... Sayu... Dia menang ke tak saya tetap akan menangis.

“Nampak je kan garang muka ku ni kan... Tapi hati ku tisu. Bukan bayaran yang saya bayangkan, tetapi kepenatan dia.

“Dia dekat rumah bukan seperti di atas pentas, jauh lebih matang dari usianya. Masa depan anak, hala tuju kami semua bermain difikirannya.

“Dia pak lawak di pentas, orang kritik macam-macam, tapi dia tenang. Kadang-kadang dia gelak tengok netizen komen.

“Kalau saya dah huru hara dah perasaan ni. Alhamdulillah... Tahniah... Semoga Allah permudahkan urusan mu wahai encik suami. Insha-Allah berkat rezeki yang dicari,” coretnya.

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari)


Dalam perkembangan terbaharu, Atu kini sibuk membuat persediaan untuk pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) bersama kumpulan U.N.I yang dinggotai oleh Fad Bocey dan Fakhrul UNIC.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI