Hiburan

Isteri Selamat Bersalin, Amar Asyraf Pilih Nama Ammara Dian Untuk Anak Kedua

Mya Amri
21/06/2019
05:01 MYT
Pelakon Amar Asyraf mengumumkan isterinya, Arna Salleh selamat bersalin anak kedua.
Berita gembira itu dikongsi Amar menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Menerusi perkongsian itu, Amar juga turut mengumumkan nama anak keduanya.
“Alhamdulillah Isteri saya selamat melahirkan seorang anak perempuan. Ammara Dian Binti Amar Asyraf.
“Terima Kasih kepada semua yang banyak membantu dan berdoa untuk kami,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan selain selamat berpantang kepada isteri kesayangannya.
Terdahulu, Amar dan Arna sah bergelar suami isteri pada 7 Jun 2013 menerusi majlis pernikahan yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Taufik pada 8 Julai 2014.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.