HIBURAN
Isteri Selamat Bersalin, Ben Ladin Kini Dah Jadi Bapa - “Terima Kasih Isteri Tercinta, Saya Hargai Pengorbanan Awak…”
Penyanyi, Ben Ladin memaklumkan isterinya, Anna Shida selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Syukur isteri selamat bersalin
Menerusi perkongsian di Instagram, Ben mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan keluarga kecilnya.
“Assalammualaikum, pewarisku tercinta. Alhamdulillah isteri saya Anna @annasyida_ selamat melahirkan bayi kami.
Baby J
Bagaimanapun, Ben tidak mendedahkan jantina anak pertamanya itu dan hanya memberitahu nama panggilannya adalah Baby J.Daddy & Mummy sekarang dah ada Baby J. Semoga, anak soleh ini sentiada dalam lindungan Allah,” tulisnya.
Terdahulu, Ben dan Anna mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.