BERITA
Isteri Selamat Bersalin, Faithlee As-Syair Nama Anak Kedua Virgoun
Penyanyi popular Indonesia, Virgoun selamat menyambut kelahiran anak kedua selepas isterinya, Inara Idola Rusli bersalin pada hari Khamis (semalam).
Menerusi entri di Instagram (IG), Virgoun berkongsi berita gembira itu kepada pengikutnya beserta gambar anak keduanya.
"Alhamdulillah ya Allah. Segala sujud dan syukur kami ucapkan.
"Telah lahir dengan selamat dan sihat anak kedua kami lelaki bernama Faithlee As'Sya'ir Virgoun.
"Dengan berat 3.2 kilogram, panjang 50 sentimeter," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kecomelan anak Virgoun dan mendoakan kesihatan anak serta isterinya.
Virgoun dan Inara Idola Rusli telah berkahwin pada 14 Disember 2014 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Starla Rhea Idola Virgoun yang kini berusia tiga tahun.
Must-Watch Video