Isteri Selamat Bersalin, Khairul Fahmi Che Mat Dapat Anak Ketiga

Rozaimi Zubaidi
Jun 12, 2018 22:00 MYT
Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat, selamat menimang cahaya mata ketiga.
Menerusi entri di Instagram (IG), Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek berkongsi berita itu kepada peminatnya.
"Assalamualaikum dunia. Welcome to the family #kfclans Adik. Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan olehNya," tulisnya.
Khairul Fahmi Che Mat mendirikan rumah tangga bersama Leuniey Natasha pada 28 Disember 2012.
Sebelum ini mereka sudah dikurniakan dua orang anak bernama Kayla Elayna dan Khaleel Emir.
Namun sehingga kini, Apek belum berkongsi nama anaknya kepada umum.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
#Khairul Fahmi Che Mat #Leuniey Natasha