Berita

Isteri Selamat Bersalin, PU Amin Timang Anak Ketiga

Rozaimi Zubaidi
22/04/2019
05:03 MYT
Pendakwah dan peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin selamat menimang cahaya mata ketiga pada pukul 5 pagi tadi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Amin berkongsi berita gembira itu kepada pengikutnya beserta gambar bersama anaknya.
"Alhamdulillah. Syukur Ya Allah! Atas nikmat dan rezeki Mu ini. Pagi tadi saya sampai rumah jam 1 pagi, kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut, jam 4 pagi di Hospital. Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan.
"Ini anak ke-3 saya. Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya. Alhamdulillah selesai menjawab tadi.
"Kisahnya, sesuatu yang saya takut untuk lalui, adalah teman isteri ketika bersalin tadi. Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya. Allah. Saya panggil panggil nama dia berulang kali. Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.

Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini.. . Pagi tadi saya sampai rumah jam 1 pagi , kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut , jam 4 pagi di Hospital . Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi.. . Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi.. . Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah... Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.. . Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan.. . Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung.. . Bagi kawan kawan yang dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat anda semua . Percayalah pasti ada.. . Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar . ❤️?

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

"Insaf. Sungguh beban mengandungkan 9 bulan, ditambah saat hari nak melahirkan. Kuat orang perempuan sebab itu dosanya dihapuskan hari dia melahirkan.
"Wahai anak, jangan kau luka hati ibu mu. Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung. Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah pada Amin dan mendoakan kesihatan anak serta isterinya.
PU Amin telah berkahwin bersama isterinya ketika masih belajar di pada tahun kedua di Universiti Al-Azhar pada tahun 2012 dan pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

PU Riz Dilantik Jadi Duta Masjid Di Kubang Kerian - "Komitmen Saya Lebih Pada Membantu Cari Dana & Sedekah..."

gempak
08/07/2024
21:17 MYT
Pendakwah selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, dilantik menjadi Duta Wakaf Program Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian, Kelantan.
Viral

Viral Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Balik Haji, Ini Komen Pendakwah - "Ia Tak Jatuh Syirik Tapi Satu Perbuatan Yang ..."

gempak
06/07/2024
08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh di media sosial berkaitan tindakan beberapa orang wanita di Indonesia yang meminum air basuhan kaki pasangan suami isteri yang baru pulang dari menunaikan haji.
Hiburan

Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine

gempak
26/05/2024
03:45 MYT
Soladiriti artis dan pendakwah Malaysia untuk Palestin.
Viral

Budaya Cop Saf Solat, PU Amin; "Masjid Ni Rumah Allah, Bukan Hak Kita"

gempak
25/03/2024
08:55 MYT
Sepanjang bulan Ramadan, sudah pasti ramai umat Islam mengambil peluang beramal ibadah menunaikan solat terawih di masjid. Akan tetapi, menerusi satu muat naik di Facebook, seorang individu menitipkan pesanan terhadap jemaah yang sering kali bertukar-tukar masjid (masjid hoppers) supaya menghormati 'budaya' di 'tempat' orang.  Menurut individu it
Laman Utama

Anak Pendakwah Terima Hantaran Lebih 1 Bilion Rupiah, Jadi Bualan Ramai!

gempak
21/12/2023
13:45 MYT
Emas 500 gram, wang 500 juta.