Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Isteri Shahid Kapoor Rimas Dengan Peminat Fanatik

Ahmad Shah 25/10/2016 | 04:59 MYT
Isteri kepada pelakon terkenal Bollywood Shahid Kapoor 35, iaitu Mira 23, akui mula berasa rimas dengan peminat fanatik yang sibuk mengekorinya apabila berada di luar rumah.

Menurut laporan The Times of India, sejak kehadiran anak sulung mereka Misha yang dilahirkan sebulan lalu, kehidupan Mira semakin terbatas untuk melakukan kegiatan luar.

“Isteri saya memang suka buat aktiviti luar seperti membeli belah, beriadah mahupun bersiar-siar.

“Tetapi selepas orang sudah mula mengenalinya, mereka asyik minta untuk bergambar dan sebagainya.

“Dia berasa sangat tidak selesa dan tidak selamat. Malah dia mula merindui kehidupannya yang dulu seperti sebelum kami berkahwin.

“Jadi selaku ketua keluarga, saya sering menasihati Mira agar bersabar dan tenang dengan sikap peminat fanatik.

“Jangan bertindak melulu sehingga boleh memalukan nama baik keluarga,” kata Shahid ketika memberi ucapan di Festival Filem Antarabangsa Jio Mami ke 18 di India baru-baru ini.

Tambah Shahid lagi, dia juga merasakan kehidupannya sudah berubah lebih-lebih lagi telah bergelar ayah.

“Misha pelengkap hidup kami dan saya sanggup lakukan apa saja demi membahagiakan keluarga yang tersayang.

“Anak saya memberi kekuatan kepada karier lakonan dan saya akan terus berusaha keras untuk kekal relevan dalam industri Bollywood,” ujarnya.

Sepanjang karier lakonan Shahid Kapoor dalam filem Bollywood, sekitar lima buah filem telah menjadi box office antaranya ialah Ishq Viskh (2003), Vivah (2006) dan Jab We Met (2007).

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: The Times of India

#Artis Antarabangsa #Shahid Kapoor
;