Isteri Sultan Kelantan Sedia Punyai Ramai Anak
Amri Hassan
27/06/2019 03:29 MYT
27/06/2019 03:29 MYT
Isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra bersedia seandainya dikurniakan cahaya mata yang ramai.
Jelasnya, menjadi ibu merupakan perkara terbaik yang berlaku dalam hidupnya apatah lagi selepas melahirkan putera sulungnya, Ismail Leon sebulan lalu.
"Segala keraguan saya terhadap menjadi ibu orang memang tiada berbatas.
"Masa inilah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Yang paling penting, saya tidak takut lagi untuk menjadi seorang ibu.
"Jika saya dikurniakan lebih cahaya mata oleh Allah, saya akan menerima kurniaan itu dengan segala kesyukuran," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram.
Sementara itu, Rihana turut berkongsi kisah cahaya mata sulungnya, Ismail Leon yang susut berat badannya akibat penyakit kuning.
"Sebulan yang lalu, saya menjadi ibu kepada cahaya mata sulong saya Ismail Leon. Cara hidup saya berubah buat selamanya pada saat itu. Menjadi ibu adalah tanggungjawab yang besar.
"Berat badan si Leo jatuh amat teruk dalam minggu-minggu pertamanya. Dan dia juga mengidap penyakit kuning. Saya fikir ia dilahirkan dengan kulit kuning.
"Alhamdullilah, berat badannya berjaya bertambah dan dia pulih dari penyakitnya selepas sebulan.
"Sekarang dia mampu minum sebotol susu setiap 2 hingga 3 jam, dan dia tidur dengan nyenyak, terutamanya apabila cuaca diluar tenang dan dalam pelukan ibunya.
"Saya pernah ragu-ragu andainya tidur saya pun akan terganggu, tetapi kini sudah biasa dengan tabiat dan jadual waktunya, maka saya juga dapat berehat dan tidur... kadang-kadang," ceritanya lanjut.
Sebelum ini, portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Oksana telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu.
Pasangan itu dikurniakan putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei 2019.