Ahli perniagaan popular Datuk Seri Aliff syukri meluahkan rasa duka apabila kediaman yang didudukinya bersama keluarga terlalu besar.

Menurut Aliff, rumah banglo yang terlalu besar itu menbuatkannya berasa pening tambahan pula sehingga isterinya Datin Seri Nur Shahida Rashid tidak mendengar panggilannya.

Menerusi laman sosial Instagram, Aliff berkongsi keadaan sekitar rumahnya itu untuk tatapan umum.

“Pening aku, bila rumah dah terlalu besar jadi macam ni lah. Sedih. Rumah besar pening, rumah kecil pening,” tulis Aliff di dalam video.

Malah, isterinya yang berada di tingkat bawah kelihatan kecil apabila dirakam oleh Aliff yang berada di tingkat atas.
@aliffsyukriterlajaklaris

Sedih sangat bila rumah dah terlalu besar ini pula jadinya ???apa soalan korang nak tanya kat saya sila komen di bawah

♬ bunyi asal - Terlajaklaris

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya mengusik Aliff dengan memberikan cadangan agar kediamannya kelihatan kecil dan sahutannya itu dapat didengari oleh isterinya.

@Bal ALLSTARS:beli rumah flat la dato, rumah besa bagi saya.”

@Ceo Of Penasihat:Dato kan kaya, sediakan lah walkie talkie sorang-sorang.”

@Anuar Norasliza:pasang speaker datok.”

@takdir najwa:cuba datuk kecikkan rumah datuk ha gituw.”

@Erny Fuzzlynna Idris:Adoiii terasa penatnya kalau dahaga nak berjalan pegi dapur.”

@Sleepingbeauty:saya pulak rumah terlalu kecik dato sampai kentut slow pun satu rumah dengar.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 200,000 tontonan daripada warga TikTok.