Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Isteri Tak Setuju Aliff Syukri Buat Lagu Raya Lagi, Siap Berdoa; “Ya Tuhanku Jauhkan, Aku Tak Nak Dengar…”

Umirah Halim 12/01/2025 | 08:55 MYT

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menzahirkan rasa kurang setuju sekiranya suaminya mahu mengeluarkan lagu raya.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid di TikTok selepas seorang warganet meninggalkan komen bahawa terdapat khabar angin berkaitan Aliff Syukri yang bakal mengeluarkan lagu raya baharu tahun ini.

“Mama (Datin Seri Shahida) dengar-dengar tahun depan (2025) Papa (Aliff Syukri) nak buat lagu raya?” tulis netizen.

undefined

Doa tiada lagu raya

Membalas kepada komen tersebut, Shahida berdoa supaya dijauhkan daripada perkara berkenaan kerana tidak mahu kontroversi lalu berulang kembali.

“Jangan Ya Allah, mohon Ya Allah Ya Tuhanku jauhkanlah aku daripada lagu raya, aku tak nak dengar!

“Korang jangan provoke Mama, Mama tak suka, ini mendatangkan kemarahan. Berani dia nak buat lagu raya tahun ni?!

“Mama tak nak cakap banyak sebab Mama tengah marah, jangan tanya Mama soalan lain berdasarkan provokasi okey. Tak nak dengar lagu raya!” ujar Shahida.

Sekadar info, tahun lalu Datuk Seri Aliff Syukri teruk dikritik netizen selepas memuat naik klip video berjudul Love Raya memaparkan sekumpulan lelaki berkelakuan aneh dan tidak sopan pada Ramadan.

Susulan itu, Aliff memohon maaf dan bertindak memadam semula video berkenaan dan memberitahu pelancaran lagu berikut hanyalah sekadar gimik.

BERITA BERKAITAN: Dituduh Berlagak Bertutur Dalam Bahasa Inggeris, Shahida Tampil Pertahankan Qadejah - “Tak Perlulah Anda Suruh Dia…”
BERITA BERKAITAN: Mewah Betul! Datin Shahida Buat 'Tour' Tandas Rumah, Netizen Terpegun - "Lagi Besar Dari Bilik Aku..."

BERITA BERKAITAN: Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

#Aliff #Syukri #Lagu raya #Shahida
;