HIBURAN
“Isteri Tak Wajib Masak, Semua Atas Ihsan” – Qawiy Pesan Suami Isteri Tak Patut Bergaduh Soal Kerja Rumah
Pempengaruh media sosial, Qawiy menegaskan bahawa urusan rumah tangga tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan antara suami dan isteri kerana setiap tanggungjawab yang dilakukan dalam perkahwinan sebenarnya adalah berdasarkan ihsan, bukan tuntutan hak.
Menerusi sesi podcast Sembang Seram, Qawiy berkongsi pandangan berkenaan dalam satu perbincangan yang menyentuh isu mengenai peranan suami isteri di rumah.
@sembangseram Terima kasih para isteri2 semua! Anda mmg hebat #Sembangseram #qawiy #Qawiyaro #Safwannazripod #Safwannazri #Safwannazripodcast #Kisahseram #Kisahhantu #Ceritahantu ♬ original sound - sembangseram
“Perkara ini tidak patut jadi perbalahan. Dah kata duduk sebumbung, tiada istilah suami atau isteri yang buat kerja rumah,” tegasnya.
Jelasnya, ramai pasangan hari ini terlalu sibuk menuntut hak masing-masing sehingga terlupa bahawa asas perkahwinan adalah saling memberi dan bertolak ansur.
“Sebenarnya perkahwinan ini bukan atas hak. Kita tak boleh minta hak kita. Semuanya atas ihsan.
“Sepatutnya isteri tak perlu masak, tapi kalau dia buat, itu ihsan. Yang sepatutnya sediakan makanan adalah suami,” katanya lagi.
Tambah Qawiy, sekiranya semua perkara dalam rumah tangga mahu dijadikan sebagai alasan untuk menuntut hak, maka perkahwinan itu sendiri hilang maknanya.
“Kalau semua nak tuntut, baik tak payah kahwin.
“Kalau depan hakim, baru boleh tuntut hak. Kalau suami tak bagi nafkah atau dipukul, barulah boleh apply hukum hak,” katanya.
Must-Watch Video