Hiburan
"Isteriku Bidadari... Terima Kasih 4 Kali Hampir 'Mati' Untuk Abang" - Ustaz Ebit Lew
Penceramah dan pendakwah bebas popular, Ustaz Ebit Lew mendedikasikan ucapan hari lahir istimewa untuk isterinya.
Menerusi kemas kini terbaru di laman sosial Instagram, Ebit memuat naik video sambutan ulang tahun isterinya bersama ucapan istimewa.
"Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi benar bersyukur pada Allah. Selamat hari lahir bidadariku tercinta. Terima kasih bidadari abang sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini.
"Bahagia bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik yang mengaturkan segalanya.
"Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal.
"Terima kasih kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang. Terima kasih empat kali hampir 'mati' melahirkan anak kita. Empat kali mati untuk abang. Abang tak ada korban apapun," tulis Ebit.
Tambah teraju rancangan Door To Door Ebit Lew yang pernah bersiaran di Astro Oasis ini, dia bersyukur kepada Allah kerana menghadirkan isterinya dalam kehidupan.
"Terima kasih Allah atas semua nikmat dalam hidup ini. Syukur Allah hadiahkan bidadari disisi menemani perjuangan ini.
"Rindu dapat berjuang di jalan Allah. Membantu orang miskin dan anak yatim. Dirimu segalanya dalam hidup ku. Isteriku Bidadari.
"Hidup di dunia saat rasa penat, pedih sakit,Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini.
"Terima kasih sayang bidadariku. Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ebit turut sama-sama mengucapkan selamat hari lahir kepada isterinya.
Netizen juga memuji cara Ebit melayan isterinya dan mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
Must-Watch Video