Laman Utama
Isterinya Hamil, Opick: "Selama Pandemi Di Rumah Saja, Buat Apa Lagi?"
Penyanyi lagu ketuhanan, Opick adalah salah seorang pelaku seni yang kerjayanya agak terkesan di Indonesia sepanjang pandemik Covid 19 melanda dunia.
Meski demikian, ternyata musibah ini telah memberi rezeki yang selama ini ditunggu oleh penyanyi Dealova ini.
Rezeki itu adalah kehamilan isterinya, Bebi Silvina. Khabar bahagia itu pertama kali dikongsikan oleh Bebi menerusi akaun Instagramnya.
Kemudian, Opick, 47, juga dengan penuh syukur berkongsi khabar baik itu kepada media Indonesia yang bertemu dengannya baru baru ini.
Dengan penuh teruja Opick mengaku isterinya sedang hamil. Apalagi mereka telah berkahwin sejak tahun 2018.
"Alhamdulillah usia kandungan isteri saya sudah masuk enam bulan. Lelaki, Insya Allah," kata Opick seperti dilaporkan oleh GempakId.
Tanpa berselindung, Opick mengakui selama pandemik dan tidak mempunyai aktiviti seni, dia dan isteri memang berusaha mendapatkan anak.
"Ya selama pandemik di rumah saja. Apa lagi yang dibuat?" kata Opick bergurau dan ketawa malu.
Perkara yang membuatkan penyanyi ini berasa lebih bahagia kerana isterinya hamil anak lelaki.
"Saya memang berharap mendapat lelaki sebagai ganti anak lelaki saya yang telah meninggal dunia," katanya lagi.
Sebelum menikah dengan wanita yang merupakan seorang bekas model ini, Opick sudah dua kali berkahwin.
Dia sudah memiliki beberapa orang anak dari perkahwinan terdahulunya termasuk tiga orang anak perempuan.
Kredit Foto: IDN Times
Must-Watch Video