Viral

IsteriX Mohon Maaf, TheNoor Nafi Neelofa Terlibat Hasilkan Iklan Berunsur Lucah - "Kami Terima Segala Teguran & Akur Dengan Kesilapan..."

gempak
Awani
30/06/2024
04:58 MYT
Sponsor Banner
IsteriX Mohon Maaf, TheNoor Nafi Neelofa Terlibat Hasilkan Iklan Berunsur Lucah - "Kami Terima Segala Teguran & Akur Dengan Kesilapan..."
Syarikat pembangunan aplikasi gaya hidup Muslim, TheNoor, menafikan penglibatan pengasasnya Neelofa dalam penghasilan atau pengedaran gambar iklan berunsur lucah di laman media sosial Instagram, pada Ahad.
Menurut pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor, Mohd Izzairi Yamin, kandungan yang dimaksudkan itu hanya berkaitan dengan produk lain dan tidak mewakili strategi pemasaran atau piawaian etika TheNoor.

BERITA TRENDING: Dikritik Hebat Sebab Guna Gambar Double Meaning, Syarikat Neelofa Mohon Maaf

"Satu gambar yang tidak sesuai dengan etika Islami telah pun dimuat naik di dalam media sosial oleh salah satu jenama Neelofa untuk mempromosikan produk yang tidak berkaitan dengan TheNoor.
"Kami memahami bahawa insiden ini telah menimbulkan kebimbangan dan mungkin telah menyebabkan kekeliruan mengenai nilai dan amalan syarikat kami di TheNoor.
"Di TheNoor, kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Terima teguran

Pada Sabtu, halaman Instagram nilofagroup memuat naik kenyataan pasukan ‘Isterix’ susulan beberapa grafik tertentu dihasilkan yang mengandungi unsur lucah dalam mempromosikan produknya.

"Kami menerima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini dan akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan kandungan yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang," kata kenyataan itu.

Kandungan dimuat naik di halaman nilofagroup mendapat kecaman di media sosial susulan gambar dihasilkan mengandungi unsur dan kapsyen lucah.

BERITA TRENDING: Didakwa Guna Gambar Double Meaning Untuk Promote Produk, Imej Berpurdah Neelofa Dipersoal Netizen?

BERITA TRENDING: Live Bersama Datuk Red, Ibu Neelofa Berjaya Raih Sales Cecah RM100,000!

BERITA TRENDING: Neelofa Akui Ketidaksempurnaan Dalam Memberi Pandangan - “Bila Sentuh Ibu Bapa, Penjelasan Dalam Bab Agama Itulah Dia”

Mengulas lanjut, Mohd Izzairi berkata, TheNoor memberikan komitmen untuk mengekalkan jenama yang profesional dan menghormati masyarakat serta ia tidak akan pernah berubah.
"Kami amat kesal atas sebarang kesulitan atau salah faham yang mungkin telah menggusarkan pelanggan, rakan kongsi dan pihak berkepentingan kami.
"Kami mengambil serius perkara ini dan sedang menyelesaikan hal ini di peringkat dalaman untuk memastikan insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," ujarnya.
Mohd Izzairi dalam pada itu berkata, beliau tidak bersetuju sama sekali penggunaan gambar atau muat naik berunsur lucah untuk tujuan pemasaran, promosi dan sewaktu dengannya.
"Ramai juga yang mengecam kononnya TheNoor tidak melakukan pemeriksaan terhadap gambar-gambar tular yang tidak beretika.
"Kami ingin tegaskan bahawa TheNoor tidak ada kaitan dengan produk atau syarikat tersebut," ujarnya.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024