Viral

IsteriX Mohon Maaf, TheNoor Nafi Neelofa Terlibat Hasilkan Iklan Berunsur Lucah - "Kami Terima Segala Teguran & Akur Dengan Kesilapan..."

Awani
30/06/2024
04:58 MYT
Syarikat pembangunan aplikasi gaya hidup Muslim, TheNoor, menafikan penglibatan pengasasnya Neelofa dalam penghasilan atau pengedaran gambar iklan berunsur lucah di laman media sosial Instagram, pada Ahad.
Menurut pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor, Mohd Izzairi Yamin, kandungan yang dimaksudkan itu hanya berkaitan dengan produk lain dan tidak mewakili strategi pemasaran atau piawaian etika TheNoor.
"Satu gambar yang tidak sesuai dengan etika Islami telah pun dimuat naik di dalam media sosial oleh salah satu jenama Neelofa untuk mempromosikan produk yang tidak berkaitan dengan TheNoor.
"Kami memahami bahawa insiden ini telah menimbulkan kebimbangan dan mungkin telah menyebabkan kekeliruan mengenai nilai dan amalan syarikat kami di TheNoor.
"Di TheNoor, kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Pada Sabtu, halaman Instagram nilofagroup memuat naik kenyataan pasukan ‘Isterix’ susulan beberapa grafik tertentu dihasilkan yang mengandungi unsur lucah dalam mempromosikan produknya.
"Kami menerima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini dan akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan kandungan yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang," kata kenyataan itu.
Kandungan dimuat naik di halaman nilofagroup mendapat kecaman di media sosial susulan gambar dihasilkan mengandungi unsur dan kapsyen lucah.
Mengulas lanjut, Mohd Izzairi berkata, TheNoor memberikan komitmen untuk mengekalkan jenama yang profesional dan menghormati masyarakat serta ia tidak akan pernah berubah.
"Kami amat kesal atas sebarang kesulitan atau salah faham yang mungkin telah menggusarkan pelanggan, rakan kongsi dan pihak berkepentingan kami.
"Kami mengambil serius perkara ini dan sedang menyelesaikan hal ini di peringkat dalaman untuk memastikan insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," ujarnya.
Mohd Izzairi dalam pada itu berkata, beliau tidak bersetuju sama sekali penggunaan gambar atau muat naik berunsur lucah untuk tujuan pemasaran, promosi dan sewaktu dengannya.
"Ramai juga yang mengecam kononnya TheNoor tidak melakukan pemeriksaan terhadap gambar-gambar tular yang tidak beretika.
"Kami ingin tegaskan bahawa TheNoor tidak ada kaitan dengan produk atau syarikat tersebut," ujarnya.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

gempak
05/07/2024
06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.
Gaya Hidup

Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Dibuka Kepada Peserta Beragama Islam

gempak
05/07/2024
01:55 MYT
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta beragama Islam.
Hiburan

"Ada Lelaki Tawarkan RM10,000, Dia Ajak Saya ..." - Andyoso

gempak
04/07/2024
21:55 MYT
Penyanyi muda Andyoso mendedahkan pernah menerima tawaran daripada seorang lelaki yang mahu membayar sejumlah wang RM10,000 untuk keluar bersama.
Viral

Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono Buat Persembahan Di Pestapora 2024

gempak
04/07/2024
15:57 MYT
Festival muzik Pestapora akan kembali dengan edisi untuk tahun 2024.
Hiburan

Suami Baca Taklim Sebelum Tidur, Rutin Rumah Tangga Sakinah Mawaddah Warahmah Dahlia Rizal

gempak
04/07/2024
14:50 MYT
Pempengaruh media sosial Dahlia Rizal menjadikan alaman membaca taklim bersama suami sebagai rutin sebelum tidur.