Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
BERITA

"Istilah Penjarakan Sosial Kini Diganti" - Kementerian Kesihatan Malaysia

Badrul Hashim 31/07/2020 | 13:33 MYT
Menurut Twitter Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), istilah Penjarakan Sosial yang digunakan sebelum ini kini digantikan dengan Penjarakan Fizikal.
Menurut KKM lagi, istilah penjarakan fizikal lebih sesuai dengan konsep menjarakkan diri antara satu sama lain demi keselamatan.
Isitilah ini telah disyorkan oleh World Health Organization (WHO) kepada negara-negara anggota termasuk Malaysia bagi menggantikan istilah penjarakan sosial kerana ianya lebih tepat dari sudut perubatan.
#KKM #Fizikal #Penjarakan Sosial #Penjarakan