Laman Utama

Istimewa AidilAdha, Lebai Sampan Kata Que Haidar: “Cuit Sikit Sini, Tanpa Tembak Memb*bi Buta”

gempak
Maliah Surip
09/07/2022
12:49 MYT
Sponsor Banner
Istimewa AidilAdha, Lebai Sampan Kata Que Haidar: “Cuit Sikit Sini, Tanpa Tembak Memb*bi Buta”
Mengangkat tema permasalahan masyarakat dan kehidupan orang marhean adalah mesej besar yang ingin disampaikan dalam drama Lebai Sampan.
Namun, naskhah yang mengetengahkan pelaku seni berprolifik tinggi seperti Jalil Hamid, Que Haidar, Ruminah Sidek dan Beto Kusairy serta Puteri Balqis meletakkan isu rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji bagi yang mampu.
Kata salah seorang pelakonnya, Que, Lebai Sampan mengisahkan tentang sebuah kampung yang mempunyai tradisi membiayai penduduk paling tua mengikut giliran naik haji pada setiap tahun.
Dan untuk haji tahun ini, salah satu nama yang sepatutnya pergi adalah Omar.
“Dari sini tercetus banyak konflik. Lebai Sampan diangkat dari kisah besar,” kata Que dalam sesi bertemu media secara virtual baru baru ini.
Dia membawa watak Hatta, seorang pemuda tidak habis sekolah yang lantang bersuara. Malah Hatta sendiri masih hidup dan mengikuti sesi penggambaran drama tersebut dengan dekat.
“Saya terima bawa watak Hatta sebab banyak dialog Hatta yang menjentik atau mencuit isu semasa mewakili suara yang rasa ditindas.
“Itu salah satu sebab saya terima kritikan sosial banyak, bukan hiburan semasa. Cuit sini sikit jentik sana sekit, tanpa menembak membabi buta, ini saya suka.”
Di sisi lain, kata Que, penonton tidak harus melepaskan lakonan hebat Jalil Hamid dan Mak Mah yang menjadi pasangan adik beradik dengan pelakon wanita veteran itu membawa watak seorang buta.
“Ada banyak babak yang sangat berguna kepada masyakarat,” katanya.
Lebih mengujakan ini juga kolaborasi pertama Que dan Beto yang disifatkannya sebagai gabungan terbaik mereka.
Lebai Sampan bakal ditayangkan pada 9 Julai, malam Raya Aidiladha pukul 10 malam di Astro Citra.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live