Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

Istimewa Aidilfitri Ini, Disney+ Hotstar Boleh Tengok Di TV Menerusi Astro Ultra Box!

Syafiqah Jalal 23/04/2022 | 00:53 MYT

Sempena sambutan Hari Raya Aidilftri, pelanggan-pelanggan Astro diberikan tawaran istimewa iaitu peluang untuk strim rancangan-rancangan kegemaran Disney anda di kaca televisyen.

Stesen televisyen satelit pertama negara itu mengumumkan bahawa para pelanggan Astro boleh strim Disney+ Hotstar menerusi Astro Ultra Box bermula 28 April ini.
Tentu sekali ramai yang tidak sabar untuk menonton pelbagai rancangan hebat daripada studio-studio Pixar, Marvel, Disney, Star Wars dan Fox.
Astro juga bangga menjadi destinasi penstriman nombor satu di Malaysia dengan Astro GO, Netflix, Disney+ Hotstar, TVB Anywhere+, HBO Go dan iQIYI serta banyak lagi yang bakal menyusuli kelak.

#Astro #Raya #TV #Ultra Box #Disney+ Hotstar #Aildilfitri